Want your
own Fotopage?












 
-::- Precious Moments -::-

By: sweet heart

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Sep-2008 03:18 Email | Share | Bookmark
~ MC, Mee Sup & Nagasari Jagung ~

nagasari jagung
mee sup
 
 
Hari ni ade check up 37 weeks of my pregnancy. So mmg dah decide mtk MC je kat doc. tak larat la dah tengahari nak drive ke Shah Alam tu, pastu balik redah jem lagi Balik check up terus operasi rumah. Yesss.. akhirnya siap gak kemas dapur tu.

Lepas mengemas dalam tengahari camtu, stat operasi memasak kuih nagasari jagung. i got the recipe from bro Rozzan blogspot. dah lama tingin buat baru kali ni menjadi nampaknya. Memandangkan bahan mmg dah sedia ada, tepung honkwee tu pun dah berzaman dok dalam almari. maka operasi dimulakan.. alahai sonang sangat nak buat. kuih tu kite bungkus dlm plastik kecik². daripada adunan yg kite buat, dpt la 12 bungkus . ok kat bawah ni kite tepek resepi asal oleh bro Rozzan. tapi adunan yg saya buat saya dah modified memandangkan tepung honkwee yg saya ada cume 85gm je. Lepas buat nagasari trus prepare utk buat mee sup sbg hidangan utama berbuka puasa. ye la dah dpt cuti ni masak la menu best sket kan utk family. kalau hari bekerja mmg tak sempatnye nak masak cemni.


Quote:
NAGASARI JAGUNG

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)

450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan
(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)

200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee (120gm)
(dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.
2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.
3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.
4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk .
5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba!!!



Quote:

Mee Sup

Bahan-bahan
Sup
200 gm Daging
air secukupnya (untuk merebus daging dan buat kuah sup)
1 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sup bunjut
garam secukup rasa

Cara
1. Rebuskan daging dengan air hingga empuk.
2. Apabila sudah empuk, keluarkan daging, masukkan hirisan bawang, halia, sup bunjut.
3. Rasakan garam dan tutup api. Siapla sup.
4. Daging tadi dihiris nipis untuk bahan campuran semasa menghidang.

Bahan lain
1 bungkus mee kuning (dicelur)
sawi (dicelur)
tauge (dicelur
2 keping tauhu (digoreng dan potong kecil²)
daun sup / daun bawang
cili merah
limau kasturi

Sambal Kicap
5 biji cili padi
kicap
1 biji limau kasturi
sedikit gula

Cara
Lecekkan cili, masuk gula, kicap, dan perahan air limau.


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.