Menu semalam masak nasi ayam hainan. Menu faveret sekeluarga.
Quote:
Bahan-bahan
Nasi Ayam 3 cawan beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
air rebusan ayam secukupnya
1/2 ketul kiub perasa ayam
sedikit garam
Cara:- basuh beras seperti biasa. bawang putih dan halia diracik / tumbuk. Tumiskan dengan sedikit minyak. Masukkan beras dan air rebusan ayam bersama kiub ayam. masak sehingga nasi tanak.
Ayam 1/2 kilo ayam
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cuka
3 sudu makan kicap
sedikit garam
Caranya :- Bersihkan ayam. Rebus ayam terlebih dahulu kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasik. Toskan ayam. Masukkan semua bahan di atas dan perap 1/2 jam. Kemudian bolehlah digoreng atau di gril dalam oven (saya gril dlm oven sbb nak kurangkan minyak).
Kicap 1 cawan air rebusan ayam
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap.
Caranya :- Campur semua bahan dan masak hingga agak pekat.
Sos Cili 2 batang cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam dan gula
2 sudu makan cuka
Caranya:- Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Tambah air jika pengisar tak jalan ye.