Kali ni try buat Puding Roti plak. Sebenarnya banyak sangat stok roti - beli goodies beg kat Jom Heboh Shah Alam aritu. Sebelum cecah expired date, baikla buat sumthing pada roti tu. Pagi tu terbangun jam 4.00 pagi, basuh2 muka, trus buat puding ni. sbb tu gambar pun masih panas lagi baru klua oven. Hehehee..
Caranya:-
1. Satukan susu cair, gula, telur, tepung jagung dan marjerin. Pukul sebentar sampai rata.
2. Susunkan roti yang dah dibuang tepinya ke dalam loyang pembakar. Buat lapisan pertama dan taburkan hirisan buah prune.
3. .Curahkan bancuhan ke atas roti tadi. Letakkan lapisan kedua roti dan tuang baki bancuhan susu tadi. Sekali lagi taburkan hirisan prune.
4. Bakar dalam oven selama 1/2 jam.
5. Selepas masak, keluarkan dari oven, taburkan choc rice dan biarkan sejuk sebelum taburkan gula halus di atasnya sebagai hiasan.