Want your
own Fotopage?












 
-::- Precious Moments -::-

By: sweet heart

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-Nov-2007 07:18 Email | Share | Bookmark
Bubur Sum-Sum

Teringin plak makan bubur ni. Buat sejuk-sejuk badan. Selalu orang jawa masak sesudah selesai buat kenduri. So utk orang yang rewang-rewang tu la, kononnya supaya diorg tu takla sengal2 badan / demam lepas kerja banyak mase kenduri. Itu ritual nya. Sapa nak try bolehla buat hidangan minum petang / manisan semasa majlis.

Bahan-bahan Sum-sum
4 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
1 1/2 cawan tepung beras
1 sd besar tepung jagung
sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan santan, tepung beras, tepung jagung dan garam dalam satu bekas.
2. Gaul rata, jangan ada tepung yang bergentel.
3. Tapis dan tuang dalam periuk, masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau (untuk elak bergentel).
4. Dah kental, tuang dalam bekas. Biarkan sejuk (lagi sedap simpan dlm peti sejuk).

Bahan-bahan Sira Gula
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil. Masak sehingga gula cair.

Sedia untuk dihidang. Bubur sum-sum akan dimakan dengan air gula tadi.


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.