Want your
own Fotopage?












 
-::- Precious Moments -::-

By: sweet heart

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Monday, 20-Aug-2007 06:00 Email | Share | | Bookmark
-: Kene Tembak Dek Diana :-

Salam semua,

Hari ni baru perasan aku telah ditembak oleh DIANA @ Mummy Adam Mukhriz --> http://idola008.fotopages.com
**Rasa x lengkap je lau sehari TAK....



Caps wrote:
Dalam seharian kan..kalo korang tak buat sesuatu benda tu kan macam tak lengkap je hidup.apa benda tu yer?Korang jgn la pulak citer gi keje..mkn...tido..itu semua kalo tak buat mmg le tak lengkap hidup...citer la..





Rasa tak lengkap je hidup kalau sehari tak :

1- Kacau anak dan hubby tido supaya cepat bangun pagi.. salam dan kiss diorg sblm gi keje;

2- after punch card, singgah dulu meja my staff utk tanye / borak isu terkini;

3- On PC dan check e-mail dan forum ProCC dan PCM;

4- Dinner togetha dgn Dania & hubby;

5- Golek² kat tilam dgn Dania;

6- Sleep...z.zzz....

so..sy dgn ini ingin menembak:
Oja mummy 'Aqeela
Wilda@Sayangku mummy Sofea
Effa mummy Aira
Amy mummy to be

Care to comment?


Friday, 10-Aug-2007 05:02 Email | Share | | Bookmark
Wajah² Dania Alya

 
Sebenarnya saja nak gayakan tudung baru... Ummi belikan di Pasar Serikin, Sarawak minggu lepas.. cantik² je masuk kat Dania, so leh wat tudung raya laa...


Ties, Dania ni ikut muka Rizal ye? Aku nengok gambar Dania pakai tudung skaf tu sebijik cam Rizal.. ngan senyum buka tak buka mulut tu... Mon 13-Aug-2007 00:49
Posted by:oja@effieza@mummy Qeelah effieza_07@yahoo.com  - [Link]
yup.. mmg org kata ikut muka ayah die.. tp kalo senyum lebar dah x nmpk Fri 17-Aug-2007 00:00
Posted by:@ties  - [Link]
alahaiii.. anak ummi pakai tudung ek..
baru balik sarawak ek.. shopping sakan le tuh..
Fri 17-Aug-2007 06:32
Posted by:effa  - [Link]
Add comment


Friday, 10-Aug-2007 04:58 Email | Share | | Bookmark
~Dania & Ummi dalam Pa&Ma Julai 2007~

 
 
 
View all 4 photos...
Dengan rasa tergezutnya setelah dikhabarkan oleh opismate, gambar ummi dan Dania publish dlm Pa&Ma edisi Julai 2007. Gambar ni hantar dah 8 bulan lepas masa raya dan Dania dalam pantang lagi. Takpe laa kan anak ummi. Tapi yang paling best, hadiah tu ummi punye.. sorry la ye.. nnti ummi carikan hadiah lain utk Dania...


Care to comment?


Thursday, 9-Aug-2007 05:22 Email | Share | | Bookmark
Bengkel Intensif Audit Kualiti Dalaman BPSM @ Kuching, Sarawak

sampan DIGI
takotnyeee...
aa.. cak
View all 17 photos...
Tarikh : 2 - 5 Ogos 2007
Penginapan : Holiday Inn, Kuching, Sarawak.

Bengkel kali ini menjurus kepada persediaan audit kualiti dalaman bpsm dan audit sirim yang akan datang. All out punye bengkel la. Hari ketiga baru pegi outing ke Pasar Serikin iaitu sempadan Sarawak dan Kalimantan. Ramai le yg borong tikar.. aku dapat la beli baju utk anak. Yang lain² tu belum masanya. Kalau beli pon tatau nak tebar kat mane.. umah kecik le katakan... buat penuh stor je..

Care to comment?


Thursday, 9-Aug-2007 00:26 Email | Share | | Bookmark
~ Lawatan Kesedaran & Keinsafan ke Cambodia ~

 
 
 
View all 81 photos...
Tarikh : 28 - 31 Julai 2007
Penginapan : Holiday Villa, Phnom Penh, Cambodia.

Akhirnya aku berjaya juga ikut trip kali ni. walaupun Dania menduga aku, demam panas 2 hari sebelum keberangkatan ku. Tapi alhamdulillah masa aku nak pegi, demam dah kebah. Sorry ayah, tlg jaga Dania utk 4 hari

28 Julai 2007 (Sabtu)
- Penerbangan terpaksa dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama - MPP Universiti bertolak jam 8.15 pagi. Manakala group ke-2 menaiki pesawat 11.15 pagi. Penerbangan kami transit di Airport Siem Reap, Cambodia.
- Aktiviti hari ni just city tour di bandar Phnom Penh. Sekarang musim hujan. Tapi alhamdulillah sepanjang program berjalan, cuaca elok. Hujan pun waktu malam je.

29 Julai 2007 (Ahad)
- Hari ni ada lawatan ke Kampung org Muslim di sana. Bila bas kami sampai, penduduk sana yang muda yg tua berkumpul sambut kehadiran kami. Yang sebaknya, kalau kita di Malaysia, kita salam cium tgn org2 tua.. tapi kat sana.. aduuhhh.. kita baru nak salam, yang tua2 cium tgn kita.. serba tak kena jadinya. Kami dikumpulkan di dalam Masjid yang kecil. Bantuan dibahagikan kepada mereka. tapi bila time nak bagi kat budak2.. iskk isskkk.. dah la ramai betul, memasing berebut nak dpt duit yg kalau pada kita tak seberapa. 1 USD = RM 3.51 = 4000 Riel. Kami cuma bagi 1000 Riel je sorang kanak². So cuba la kira kalau duit kita baru berapa sen.

- Acara lawatan petang diteruskan ke sebuah lagi kampung Muslim Cambodia yang agak maju. Masjid nya besar. Penduduknya boleh la cakap melayu. Muslim yang ini mmg bahasa diorg nak dekat sama dgn bahasa melayu. kat sini teratur sket laa.. sbb semua penduduk dapat duduk dalam masjid. seronok bebudak tu dpt adiah, coklat, sumi dr student MPP kita.

30 Julai 2007 (Isnin)
- Hari ni lawatan ke Muzium di Tuol Sleng dan Killing Field. Muzium Tuol Sleng adalah bangunan tinggalan bekas kekejaman Khmer Rouge sekita 1970 an dulu. Kami dibawa masuk ke bilik tahanan dan siksaan. Gambar² mangsa dan askar kejam Khmer Rouge sume ada dipaparkan. Yang kene seksa dll. na'uzubillah laa... seram je bile tgk.. sib baik la Malaysia ni aman. Betapa bersyukurnya... di luar muzium tu ada la mangsa kekejaman yang masih hidup tapi bontong tangan kaki, tengah ngemis mtk sedekah.
- Lawatan ke Killing Field actually padang di mana tmpt pembunuhan lebih 20,000 org yang mana dipancung atau dirodok dgn senjata kemudia masuk trus dlm kubur. kolam² kubur masih banyak ttpi tengkorak dan tulang² diorg dah dikumpul dlm satu bangunan tugu. elok je tersusun tengkorak² tu.

- menjelang petang... time for shopping.... kat sini leh shopping kain/ baju/ batu kristal/ jam tgn.. kene pandai tawar menawar. harga yg diberikan dlm bentuk USD. so nak kene pandai pilih gak barang. tapi kain agak murah gakla.. ade yg borong sampai beranak beg yg dibawak.

31 Julai 2007 (Selasa)
- ermm.. dah rindu nak balik Malaysia tanah airku... Flight jam 11.00 pagi. Opss lupe nak kabo.. beza masa Malaysia dan Cambodia adalah 1 jam. So kalau Malaysia 7.00 pagi , di cambodia jam 6.00 pagi.. tapi dah siang.. perjalanan balik ambil masa lebih kurang 2 jam. Lebih kurang 2 ptg, tiba di KLIA dan trus lik umah coz dpt berita Dania kene demam campak plak malam semalam.

So have a look at this trip!!


Uwa ties..... tak dapat aku kirim kat ko Kain Songket! Lain kali gi inform k.. boleh borong untuk aku.. Mon 13-Aug-2007 00:46
Posted by:oja@effieza@mummy Qeelah effieza_07@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 4-Jul-2007 02:45 Email | Share | | Bookmark
:-Autosaloon & Annual Dinner ProCC Motorsport -:

 
 
 
View all 23 photos...
Tarikh: 30 Jun 2007 (Sabtu)
Tempat : Hotel Prescott, Klang
Masa: 2 ptg - 12.00 malam

Autosalon kali ni buat mini je, sbb last minit tak dpt tapak. Annual dinner dihadiri oleh lebih 100 orang dengan tema URBAN BATIK. Menu makanan malam tu Western Food. yang kurang bestnya.. kitorg tak dpt bawak balik ape2 adiah pon even tak bertuah pon utk cabutan bertuah malam tu...

kerana kita procc...

hai geng fp smue lets vote aqil...baby no.20
http://www.infoguide.com.my/votestreet/votecaster/babycontest.php?campaign_id=48
Thu 2-Aug-2007 02:15
Posted by:mamadarwisy  - [Link]
wah jln sakan dania nie ikut mcm2 function ..tp good girlnya dia .. x buat perangai ..aties dania ni kecik comei ..jgn risau ..janji dia sihat membesar okies Tue 7-Aug-2007 13:11
Posted by:@mama adam  - [Link]
emm.. mmg la kecik je.. smlm baru timbang 10 bulan - 6.6kg je.. takpela.. janji anakku sihat dan ceria... Thu 9-Aug-2007 00:18
Posted by:@TIES  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 2-Jul-2007 02:49 Email | Share | | Bookmark
~: Holiday @ Swiss Garden Damai Laut :~

dania tolong berkemas
 
mane lagi baju ni ...
View all 44 photos...
kali ni ayah dan Dania ikut ummi cuti² malaysia kat Damai Laut.. cantiknya view kat sana. nampak Pulau Pangkor depan mata.. tapi tak menyeberang la.. memang Damai. Nak reach tempat tu pon, Ya Rabbi jauhnyee.. jalan kecik je.. Betul la kalau dikatakan Hidden Paradise. So enjoy our pics there!

nice capturing..

'lensa merakam gambar berseri'
'buat memori kekal abadi'
http://anjungmemori.fotopages.com
Mon 2-Jul-2007 13:42
Posted by:napie anjungmemori@yahoo.com.my  - [Link]
amboi.. jalan2 je dania yek... Mon 16-Jul-2007 07:40
Posted by:armzz armzz03@yahoo.com
kak aties!! ingat net lagi tak? hmmm nak tanya, tau tak nak beli tilam kekabu utk baby kat mana? kalau tak silap jalan ke sabak bernam tu ade, nanti ade masa email kat net ek!!! suzylarina@yahoo.com.
comel laaa anak kak aties!!! hehehe....
Thanks alot!!
Wed 1-Aug-2007 06:06
Posted by:netqueen
View all 5 comments Add comment


Sunday, 1-Jul-2007 02:45 Email | Share | | Bookmark
~ReuNion SMKSB~

 
 
 
View all 11 photos...
tarikh: 29 Jun 2007 (Jumaat)
Masa : 8.00 - 12.30 malam
Tempat: Lifestyle karaoke lounge, holiday villa, subang jaya.

reunion mengejut. dapat call sehari sebelum.jumpe kengkawan lama syiok betul

Care to comment?


Sunday, 17-Jun-2007 05:08 Email | Share | | Bookmark
HaPPY FatHeR's DaY

 
 
 
Selamat Menyambut Hari Bapa kepada Hubby & Ayah Tersayang..



siap certificate tuhhh..kewl.. Mon 18-Jun-2007 08:46
Posted by:ziela-mh  - [Link]
wah bestnya ..cantik sgt benda nie ..lawo ler ..rajin atie buat benda nie ..smlm beli pa n ma baru ada muka aties n dania ..so sweet cayalah muka msk magazines Thu 21-Jun-2007 01:17
Posted by:mama adam mukhriz  - [Link]
thanx diana.. diana apa kurangnye.. lagi rajin, msk hari² siap gambo masuk fotopages. gmbr dgn dania dalam pa&ma tu hantar mase dlm pantang last year - gambo raya.. dekat setahun baru klua Thu 21-Jun-2007 01:54
Posted by:@ties  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 10-Jun-2007 02:42 Email | Share | | Bookmark
-:- Happy Birthday Atok -:-

 
 
 
View all 8 photos...
Today birthday atok Dania.. makan satey.. yummieee...

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.