Want your
own Fotopage?












 
-::- Precious Moments -::-

By: sweet heart

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-Dec-2007 04:21 Email | Share | | Bookmark
~ Disember 2007 Birthday Celebration ~

 
 
 
View all 6 photos...
Sambutan Hari Lahir bulan Disember ni kitorg saja buat kelainan. I tempah special cupcakes made by Azura Naem (Hey Cupcakes!) Thanks Zura hantarkan kek tu. My ofismate sume teruja nak makan kek tu sbb lawa dan sedap sangat. Dan yang guys plak komen, tak membazir beli kek cemni, sorang dpt sebiji.. dan takde la masalah sape nak clean baki2 kek macam beli kek biase tu.. so zura, kredit for u

Sapa nak oder cupcakes dengan Zura --> http://heycupcakes.fotopages.com

Quote:
Diana ~ tu la officemate pun tanye oder kat mane. comel sgt dan diorg lagi suka dpt cupcake sbb kompem dpt sorang sebiji compare tu potong kek besar² tu

wah comei cupcakes tue ... diana & SIL pun prnh order dgn zura ..best cupcakes dia .. x manis sgt & sgt2 comei Tue 18-Dec-2007 07:53
Posted by:Diana@mama Adam Mukhriz  - [Link]
Add comment


Monday, 17-Dec-2007 04:07 Email | Share | | Bookmark
~Puding Roti Prune~

 
 
 
View all 4 photos...
Kali ni try buat Puding Roti plak. Sebenarnya banyak sangat stok roti - beli goodies beg kat Jom Heboh Shah Alam aritu. Sebelum cecah expired date, baikla buat sumthing pada roti tu. Pagi tu terbangun jam 4.00 pagi, basuh2 muka, trus buat puding ni. sbb tu gambar pun masih panas lagi baru klua oven. Hehehee..






Bahan-bahan PUDING ROTI PRUNE

8 keping roti (buang tepi² nya)
1 tin susu cair
4 sudu gula halus
2 biji telur
2 sudu marjerin
1 sudu tepung jagung
Hirisan buah prune

Caranya:-
1. Satukan susu cair, gula, telur, tepung jagung dan marjerin. Pukul sebentar sampai rata.
2. Susunkan roti yang dah dibuang tepinya ke dalam loyang pembakar. Buat lapisan pertama dan taburkan hirisan buah prune.
3. .Curahkan bancuhan ke atas roti tadi. Letakkan lapisan kedua roti dan tuang baki bancuhan susu tadi. Sekali lagi taburkan hirisan prune.
4. Bakar dalam oven selama 1/2 jam.
5. Selepas masak, keluarkan dari oven, taburkan choc rice dan biarkan sejuk sebelum taburkan gula halus di atasnya sebagai hiasan.

Care to comment?


Friday, 14-Dec-2007 07:48 Email | Share | | Bookmark
-:- Jalan² Hujung Minggu -:-

 
tgh tgk pokok herba
ni la bunga sundal malam
View all 16 photos...
Actually ini backdated punya pics. Masa ni my mom dtg umah, seminggu dia round umah anak² dari Rawang, Shah Alam, KL, Klang last sekali kat serdang. coz after that ikut kita balik kmpg. Sory la mak, nak bawak gi jalan² awal pun, hubby takde, gi kursus plak mase tu. so hari ahad tu lepas hubby lik kursus, saja bawak mak gi round Putrajaya. Kitorg gi Taman Warisan, Alamanda. Sempat la my mom beli pokok herba 'Ketumbar Jawa' . Nak tanam katanya.. Dania plak ptg tu badan dan suam je, demam..


Hai.akak...salam perkenalan dr zai kedah...boring2 tu singgah ler kat fp zai kt http://zbintim.fotopages.com Fri 14-Dec-2007 09:37
Posted by:zai zbintim@yahoo.com.my
Add comment


Thursday, 29-Nov-2007 08:02 Email | Share | | Bookmark
Gulai Lemak Telur Ikan



Hmm.. lama dah tingin masak telur ikan ni. Last week dapat juga beli kat Tesco. Slalu orang masak gulai kari. Tapi kali ni saya try masak lemak cili api.

Bahan-bahannya:

300 gm telur ikan
1/2 biji kelapa - ambil santannya
2 biji kentang
1 biji buah tomato
kiub ikan bilis
garam

Bahan kisar:
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
daun kunyit

Cara:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak sampai naik bau.
2. Masukkan sedikit santan cair, daun kunyit, kentang dan kiub ikan bilis.
3. Agak-agak kentang hampir empuk, masukkan telur ikan, kentang dan tuang baki santan.
4. Rasakan garam dan masak hingga telur ikan cukup masak. Angkat dan hidang dengan nasi panas.






Sayur Siew Pak Choy

2 ulas bawang putih ketuk
1 ulas bawang merah
1 inci halia
sayur siew pak choy
1 sudu kecil tepung jagung
sos tiram

yummmyyy yummyyy food Mon 3-Dec-2007 07:54
Posted by:s2m3r
Salam kenalan....alahai cik atiey....ajor ler akak gimana akhirnya atiey berjaya letak lagu ngan image tu serentak ekkk?? Dah jenuh dah akak ting tong x jadi-jadi gak....tima acih sudi tunjuk ajor... Tue 4-Dec-2007 16:42
Posted by:babybatriesyia  - [Link]
Add comment


Thursday, 29-Nov-2007 07:18 Email | Share | | Bookmark
Bubur Sum-Sum

Teringin plak makan bubur ni. Buat sejuk-sejuk badan. Selalu orang jawa masak sesudah selesai buat kenduri. So utk orang yang rewang-rewang tu la, kononnya supaya diorg tu takla sengal2 badan / demam lepas kerja banyak mase kenduri. Itu ritual nya. Sapa nak try bolehla buat hidangan minum petang / manisan semasa majlis.

Bahan-bahan Sum-sum
4 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
1 1/2 cawan tepung beras
1 sd besar tepung jagung
sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan santan, tepung beras, tepung jagung dan garam dalam satu bekas.
2. Gaul rata, jangan ada tepung yang bergentel.
3. Tapis dan tuang dalam periuk, masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau (untuk elak bergentel).
4. Dah kental, tuang dalam bekas. Biarkan sejuk (lagi sedap simpan dlm peti sejuk).

Bahan-bahan Sira Gula
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil. Masak sehingga gula cair.

Sedia untuk dihidang. Bubur sum-sum akan dimakan dengan air gula tadi.

Care to comment?


Wednesday, 21-Nov-2007 05:28 Email | Share | | Bookmark
Mee Ladna

Kali ni rasa boring plak nak masak nasik. Survey dalam freeze ape yg ade. Then klua idea nak masak mee bandung or mee ladna. At last i choose to cook Mee Ladna. Kredit kpd Buku Masakan Gerai keluaran Karangkraf.



Quote:
MEE LADNA ALA SERDANG LAMA

Bahan-bahannya:
450 gram Mee Kuning
3 ulas bawang putih (ketuk)
Sedikit Udang / Sotong / Ayam / Daging (terpulang apa yg ada)
Sebatang lobak
3 batang putik jagung
Sedikit sawi
1 ketul kiub ayam Maggi
Air secukupnya
Tepung jagung secukupnya (untuk pekatkan kuah)
sos tiram
garam
gula

Cara:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yg diketuk. Masukkan ayam / sotong / udang.
2. Masukkan kiub ayam yang telah dihancurkan. Masukkan air secukupnya. Macam nak buat kuah sup.
3. Bila dah mendidih, masukkan sayur-sayuran, sos tiram, garam dan gula.
4. Pekatkan kuah dengan memasukkan bancuhan tepung jagung.

** Kuetiau / mee / mihun - panaskan sedikit minyak, masukkan kicap, sos tiram. Goreng sebentar Kuetiau / mee / mihun dengan api yang besar. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidangan. Tuang kuah Latna dan nikmatilah hidangan anda!

rasenyerkan kuetiau ladna lagi sedap arr... Tue 25-Aug-2009 10:44
Posted by:little afie qie_030@yahoo.com
sure.. bleh je.. ikot selera tekak memasing la kan Wed 26-Aug-2009 08:48
Posted by:@ties
Add comment


Tuesday, 20-Nov-2007 01:35 Email | Share | | Bookmark
~ Kordial Roselle ~

 
Yummiee... sedap airnya. Manis tak perlu tambah gula. Kalau nak cube bolehla oder.


Jus buah ROSELLE secara semulajadi kaya dengan Vitamin C!

Kelebihan jus ini:

# Dapat memperbaiki metabolisme
# Meningkatkan stamina
# Meningkatkan sistem imunisasi badan
# Mengurangkan tekanan darah tinggi
# Anti penuaan
# Anti oksida

Dapatkan hari ini untuk menceriakan Aidilfitri anda! Jua boleh dijadikan hamper hari raya atau apa saja acara.


Harga Kembali Kepada Asal.

Sebotol - RM 15.00
Twin Pack (2 botol) - RM30.00


Hubungi : Su - 019-3400791
Rizal - 013-2242782

http://e-minishop.fotopages.com

Care to comment?


Tuesday, 30-Oct-2007 05:12 Email | Share | | Bookmark
My Little Princess

 
 
 
View all 17 photos...
Dah pun setahun. Sekejap je rasanya. koleksi gambar terbaru Dania Alya mase nak gi beraya umah sedara mara last week




haa.. aku pun puas mencuba.. try n error. ade tricknye.. nnti aku ajo yee.. Mon 12-Nov-2007 06:30
Posted by:@ties aties_1899@yahoo.com  - [Link]
comelnya..kecik jer nampak mcm anak sy jer..halus org kg sy kata....

salam perkenalan
Thu 15-Nov-2007 08:19
Posted by:sue  - [Link]
hai Sue, Thanks visiting my FP. Thu 15-Nov-2007 23:54
Posted by:@ties  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 30-Oct-2007 02:13 Email | Share | | Bookmark
~ Home Deco ~

 
 
 
View all 13 photos...

16-9-07
setelah setahun menghuni rumah ini, actually takde deco ape sgt pun... simple je. perabot pun tak banyak. bukan takmo letak sofa, tp fikir balik hall yg kecik, so tak perlu sofa wat mase ni.
---------------------------------------------------------------------------

29-10-07
Masa puasa hari tu sempatla mengubah sikit susun atur di ruang tamu tu. Dan tukar cat. Hasilnya.. saksikanleee...


topik ni akan di update dari masa ke semasa...

kiter minat la fp awak...... Fri 21-Dec-2007 11:10
Posted by:miezah miezah_1977@hotmail.com  - [Link]
thanks miezah.. slalu² la jengok ye.. Wed 26-Dec-2007 03:50
Posted by:@ties  - [Link]
Add comment


Friday, 26-Oct-2007 03:52 Email | Share | | Bookmark
-:- Raya Edisi Office La Pulak -:-

en hairul
 
ni la muka² Unit aku yg tersayang
View all 21 photos...
Hari ni Kelab Kebajikan opis aku wat sambutan hari raya. Wow.. penuh hidangan bilik jamuan opis yang comel tu.. macam² adaaa.... Dan aku plak bawak puding ape nak panggil ye.. blom buh nama la.. nnti aku pikio kan ape namenye.. percubaan pertama.. tah tatau la komen org ape die..

Selamat Hari Raya Semua

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.