Want your
own Fotopage?












 
-::- Precious Moments -::-

By: sweet heart

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-Feb-2008 03:37 Email | Share | | Bookmark
My Bad Day

dalam hati berdebar je.. macam ade instinc something will happen. Pada hari Selasa, 12 Februari 2008 aku memandu pulang spt biasa. Balik awal skit arini sbb hubby ade kelas malam. Sampai simpang masuk umah tu, dpn aku ade sebijik Toyota Camry yg agak menimbulkan kesangsian dan kebengangan aku gak la.. kejap² tekan brek. aku sangka dia cina yg nak singgah mane² umah sedara mara kat depan tu. tp tak berenti² gak. aku pon slow follow. sampai ada satu last simpang dpn balai sblm sampai umah aku. aku benti sbb nmpk macam dia nak masuk simpang kot. then aku nmpk lampu reverse dia menyala. oo nak reverse. sekali dia reverse laju je... aku pon "PPPpppOOooonnnn" tekan horn sekuat hati. "Dammmmm.." aarrggghhh mamat dpn ni.. apekes langgar kreta aku. takkan x nmpk aku kt belakang dah benti jauh.

akhirnya sorang Pak Arab kua keter. aku dah sedikit gigil la. bengang pon ade. dah tu nak speaking dgn pak arab ni.. adusss... failed. dia kata fikiran dia menerewang sbb cari alamat umah org. bengong. kot cari alamat pon takkan x tgk blkg time nak reverse. aku kol hubby x angkat². sib baik tak lama tu pak mertua aku balik keja. aku tahan la. lama gak sbb aku sebenanya taktau nak claim bape byk dr dia. dia offer soh aku betuikan dlu then claim kat opis dia kat ampang. umang aiihh... jauh gilerrsss nak claim. kang tipu aku plak. smpai aku kol abg sulong aku, member kat pahang (deadpirate ProCC). baru kompiden sket aku mtk RM100. sbb gril aku pecah, plat no. pecah, bumper depan lari. tp dgn muka tak bersalah dia kata ada cash 70 je. 100 is too much.

aku malas nak kecoh sgt, aku amik je 70 tu. lalalaaa... kira ok la.. tuka grill je nnti.

dah tu hari rabunya plak. pagi on d way gi keja jalan kat bukit jalil ke kinrara.. dumm... arrgghhh bile mase ada lubang sini. kompem bengkok sport rim hubby yg baru transfer kat keta aku ni. smpai ofis check mmg kemek sket.... aduuhh ape la malang 2 hari berturut-turut.... tenseeeennn jeeee...

Looking for Handbags & shoes collection?? Please feel free to visit my online store http://www.freewebs.com/lauracollection there has many handbags & shoes (Louis Vuitton,Gucci,Chanel,Burberry & Prada) in Grade AAA++ quality.

New Website: http://www.freewebs.com/lauracollection
Old Fotopages: http://gblaura.fotopages.com
Tue 4-Mar-2008 08:28
Posted by:Laura Handbags Collection
atiess....tlg...camner nak buat gambar kat tag tu...huhhhuhuhu yg kau bg aku tu aku dah save tapi komp aku kena format so dah hilang........nanti bg aku balik cara2nya yer....... Fri 7-Mar-2008 11:58
Posted by:http://ciklinn.fotopages.com/ cinda8@gmail.com  - [Link]
tggu aku masuk keje 24hb depan ye.. aku kat kedah 2 mggu ade course Wed 12-Mar-2008 10:11
Posted by:aties
View all 7 comments Add comment


Sunday, 27-Jan-2008 09:28 Email | Share | | Bookmark
My Little Daughter

 
 
 
View all 6 photos...


Hai anak ummi, dah masuk 1 tahun 3 bulan. Dania akan jadi sister tak lama lagi. Ini la antara aksi² dia masa pergi ke Perkampungan Hadhari Negeri Selangor 2008 pada 25 - 26 Januari lepas. Ummi takde dlm pics sbb ummi kena bertugas jaga booth Prinsip Islam Hadhari ke-2 "Kerajaan Adil dan Beramanah".

hye...

suka cupcake???nak tempah cupcake???
special untuk orang terengganu tau..TAPI...
yang dok luar pon blh..cuma x leh decorate lar..
kot basi lak kang..
murah jer..tp sedap..

maiiii la..jenguk2 sini ok...http://kismis86.fotopages.com


Fri 29-Feb-2008 16:26
Posted by:miss kismis kissmiss86@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 23-Jan-2008 08:53 Email | Share | | Bookmark
Mari Memasak lagi

 
 
 
View all 7 photos...

Care to comment?


Monday, 21-Jan-2008 06:21 Email | Share | | Bookmark
Kek Badam

Semalam mmg keje dok dapur je. Kerja umah yg lain dah siap pad hari Sabtu, so smlm mmg free time la. Gatal² le tangan sementara Dania tidur tu.. godek barang siket, tgk resepi dr resepi diana punye blog. resepi asal kek badam ros. tp saya takde stok essence ros, yg ade vanila essence. taram je la.. then terfikir nak bakar dlm cup la. sbb slalu buat kek sebijik besar, sure lama nak abis. so dah cup pun ada, sudu la dlm cup. cume jenuh nak bakar la plak.. tgh² bakar tu Dania pun bangun dan Wwooo.. seperti biasa puncung mulut dia tgk kek comel tu. dan² 3 ketul lesap. ayah dia plak 7 ketul.. abis 1 round bakar. rase cam siket plak. mayb sbb dlm cup so makan pon x terasa. sampai adik ipar mintak lebih sbb bg umah MIL siket sgt katanya takpe.. nnti ade cuti Kak Long buat lagi ye..

Ini la hasilnya.



Resepinya akan ku update kendian.

Care to comment?


Friday, 18-Jan-2008 05:52 Email | Share | | Bookmark
Puding Lapis Oreo



sedapnyaaa.... thanks to kak roylazim --> http://roylazim.fotopages.com mmg sedap banget. anak dara dgn hubby pun suka. My staff pun really like it.

Quote:
Puding Lapis Oreo
1 peket agar² serbuk (10gm)
1000 ml susu cair ---> (saya guna 400 ml susu cair + 600 ml fresh milk)
150gm gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna ikut selera masing²
biskut Oreo - buang krim dan hancurkan

Masak agar² serbuk dengan susu, gula, garam sampai mendidih. Bahagikan ikut pewarna disukai. masukkan lapisan pertama, taburkan biskut oreo. tunggu keras sedikit, masukkan lapisan seterusnya. Lapisan terakhir tak perlu tabur biskut oreo lagi.

Care to comment?


Monday, 14-Jan-2008 07:52 Email | Share | | Bookmark
My Kitchen ~ Nasi Ayam Hainan

 
ayam panggang
 
Menu semalam masak nasi ayam hainan. Menu faveret sekeluarga.



Quote:
Bahan-bahan

Nasi Ayam
3 cawan beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
air rebusan ayam secukupnya
1/2 ketul kiub perasa ayam
sedikit garam

Cara:- basuh beras seperti biasa. bawang putih dan halia diracik / tumbuk. Tumiskan dengan sedikit minyak. Masukkan beras dan air rebusan ayam bersama kiub ayam. masak sehingga nasi tanak.

Ayam
1/2 kilo ayam
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cuka
3 sudu makan kicap
sedikit garam

Caranya :- Bersihkan ayam. Rebus ayam terlebih dahulu kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasik. Toskan ayam. Masukkan semua bahan di atas dan perap 1/2 jam. Kemudian bolehlah digoreng atau di gril dalam oven (saya gril dlm oven sbb nak kurangkan minyak).

Kicap
1 cawan air rebusan ayam
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap.

Caranya :- Campur semua bahan dan masak hingga agak pekat.

Sos Cili
2 batang cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam dan gula
2 sudu makan cuka

Caranya:- Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Tambah air jika pengisar tak jalan ye.

Care to comment?


Tuesday, 8-Jan-2008 04:19 Email | Share | | Bookmark
Outing Putrajaya

 
toon..tooonnn...
cemni la drive ketapi
View all 8 photos...
Sabtu lepas ummi bawak ayah dan Dania ke Putrajaya. Sebenarnya pagi tu ummi ada bizz talk Hai-O. Baru nak berjinak² selepas t'jmpa kawan sekolah kat SMK Sg Besar dulu. Sian ayah tak breakfast lagi pagi tu. So sbb nak pujuk, ummi ajak la makan kat Alamanda. Kami makan McD - Prosperity Burger.. nyum..nyum.. dania makan bubur ayam dgn twister fries tu. lepas tu jalan² dlm alamanda, cari guardian nak beli susu anak ummi yang dah abih tu. on the way tu jmpe la dgn Thomas.. Dania punye la xcited, muncung je mulut dia sebut "toon..tooonnn..." sampaikan ummi & ayah ajak balik pun dia tak nak.. anak sapo la tu..






Tapi yang sedihnya .. mungkin ini gambar outing terakhir menggunakan kamera ummi. Tak tahu apa berlaku, after taken this pics, kamera ummi dah tak boleh snap pic outdoor lagi. kalau pic dalam rumah elok je. sumthing wrong , x dpt nak detect lagi di mana..

Salam perkenalan..

*Kami ada menjual MUSLIMAH SWIM WEAR.. Tak payah nak risau kalau nak mandi-manda ngan anak2 kat Hotel lagi dahh.. Sarung je baju ni.. memang menepati ciri2 muslimah...

Jom cuci2 mata kat http://butikpu3.e-kampung.com.my/
Tue 8-Jan-2008 06:17
Posted by:Muslimah Swim Suit  - [Link]
Seronoknya Dania...
p/s : Maaflah Alya, mama tak ingatlah dapat berapa biji sebab buat pun dah lama....
Tue 8-Jan-2008 18:15
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Add comment


Friday, 28-Dec-2007 01:58 Email | Share | | Bookmark
Ummi's Kitchen - Menu Hujung Tahun 2007

ayam panggang blackpepper
coleslaw
nasi goreng seafood
View all 8 photos...
dah masuk hujung tahun ni macam malas je nak masak. tp malas² pun masak gak. simple² pun hubby suka makan ini antara menu² dalam mggu nie. resepi.. aiseh.. kene reka dlu la.. sbb masak pun main hentam je.. slamat menjamu mata le...









Quote:

MamaFami ~ yela mama. skrg ni belumba dengan hubby buat masakan yg best². memula kita je xcited, at last hubby pun join sekaki

Kalau yang dimasak tu, ada yang nak makan, memang seronok masak memasak ni kan.... Mon 7-Jan-2008 06:19
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Add comment


Wednesday, 26-Dec-2007 07:04 Email | Share | | Bookmark
Ummi's Kitchen ~ Ayam Goreng Berempah

 
Menu hari ke-2 Aidiladha .. special saya masak utk keluarga di kampung. Ini kali kedua masak ayam goreng berempah ni. Alhamdulillah.. licin ... sebenarnya menu ni pertama kali disediakan masa hari pertunangan saya tahun 2005 dlu. sepupu saya yang masak. so ini la resepinya k..



Quote:
bahan-bahan:
1 ekor ayam
3 batang serai
10 ulas bawang putih
1 inci halia
2 peket serbuk rempah kari ayam/daging adabi
3 sudu besar tepung jagung
garam
daun kari

caranya:
1. bersihkan ayam.
2. kisarkan bawang putih, halia dan serai.
3. tuang bahan kisar ke atas ayam yang telah ditoskan. gaul bersama garam, rempah kari, daun kari dan tepung jagung.
4. Perap selama 1 jam supaya bahan meresap.
5. goreng dalam minyak yang banyak dan api sederhana sehingga garing. sedia dihidang.

Care to comment?


Monday, 17-Dec-2007 04:39 Email | Share | | Bookmark
~Lezzie Pasta~

deco kek coklat
 
 
Weekend ni minggu malas memasak.. Pagi Sabtu cuma sarapan Roti Arab - beli masa jualan kat ofis. Cicah dengan sup dan sambal udang. Tengahari plak makan kenduri kawan hubby kat Pantai Hillpark. Then malam tu memula macam kenyang. last² lapor plak, hubby masak maggie goreng

Hari ahad plak, pagi sarapan nasik goreng cendawan. tapi pic lupe amik. tengahari plak masak pasta. sbb dah rajin sangat, i mix je pasta dengan kuahnya. hubby komen sedap gak.. hehehee dania pun selera je makan. Petang plak saja buat Deco kat Kek Coklat. Kek tu beli skali dengan roti masa Jom Heboh.. saja nak blaja buat topping dia. tadaaa... tu la hasilnya..



Quote:
LEZZIE PASTA
Bahan-bahan:
300 gm makaroni / pasta fussili
200 gm daging cincang
1 labu bawang besar (potong dadu)
8 sudu besar Heinz pasta sauce - tomato & basil
sayur campur
1 sudu besar tepung jagung
1.5 liter air
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:
1. Rebuskan pasta sehingga kembang. Toskan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan daging cincang. Biarkan daging agak garing.
3. Masukkan Heinz pasta sauce dan sayur campur. Kacau sebentar dan masukkan air.
4. Tuangkan pasta. Rasakan garam / gula. Tuangkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Sedia dihidang.


Quote:

zai ~ hai zai, thanx jengok fp akak jugak.
Nini ~ sedap nini, anak dara saya smpai bertambah² makan. bleh la try masak ye.
zai ~ dah drop by ur fp, comeynya zai ye


haiiiiiiii...nice foto pandai akak masak .....salam perkenalan dr zai Kedah....boring2 singgah cini eak.http://zbintim.fotopages.com Mon 17-Dec-2007 08:25
Posted by:zai zbintim@yahoo.com.my
Sodapnyo pasta.... Mon 17-Dec-2007 09:11
Posted by:Nini hazlini5555@yahoo.com  - [Link]
Thanks...sbb drop kat my fp...boring2 singgah lagi kat cini eak..http://zbintim.fotopages.com Tue 18-Dec-2007 09:49
Posted by:zai zbintim@yahoo.com.my
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.