|
|
| Saturday, 6-Dec-2008 17:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Mummy back to work~
|
 |
|
milk collector - collect BM while pumping for other side
|
|
 |
|
frozen section sib baik ade 2 sect.
|
|
 |
|
stok frozen EBM
|
| | View all 8 photos... |
|
FROZEN STOCK
Yeah.. dah masuk 2nd week ummi masuk kerja. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Awal-awal aritu mmg tak dpt nak sesuaikan situasi baru dengan jadual. makanya berlonggok-longgok kain baju tak berlipat, tak bergosok.. huhh kene plak weekend for the past 2 weeks full xtvt..
now ummi dah mula susun semula jadual xtvt..
- stat seawal 4.30 - 5 am ummi dah bangun. i'll make sure pagi tu dpt buat fresh EBM (expressed breastmilk) utk raisha. biasanya dapatla sebotol 3oz.
- lepas tu ummi akan masak lauk utk makan malam siap-siap.
- mandi / solat subuh.
- kejutkan ayah, kejut raisha.
- 6.15 - 6.30 ummi akan mandikan raisha. after that baru ayah kejutkan dania (kalau dia bangun early kang sibuk nak kacau adik )
- after siapkan raisha, ummi akan breastfeed raisha n as usual dia akan tertido smula.
- 7 am baru la ummi siap2 pakai baju. takmo pakai baju awal2 , bkn pe.. kang abeh kedut baju mase nak siapkan raisha.
- 7.20 am, semua dah siap. Kami turun sama-sama. Ayah hantar dania & raisha kat tingkat 6 - umah Wan, ummi trus turun menuju ke kereta.
- 40 minutes ~ 1 hour later ummi pun sampai ke ofis (ummi amik WP3 , masuk 8.30am utk elakkan drpd rushing)
- 5.30 pm ummi akan punch dan balik rumah. sampai rumah normally 6.30 ~ 7pm bergantung kpd keadaan jalan raya.
- Ayah balik awal dah siap masak nasik @ sayur (TQ hubby )
- Mandi dan solat maghrib. Then makan malam bersama ayah & dania.
- 10pm ummi akan masuk tido. Sblm tu ummi akan pam EBM sekali lagi
alhamdulillah stok EBM utk raisha dah semakin bertambah dan ummi akan bekalkan 4 botol fresh + 2 botol frozen EBM utk raisha masa dok umah wan. Slalunya raisha minum 5 botol je tp takpe mane tau kot ade ayah terlewat balik amik korg ke kan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Nov-2008 07:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ Masa Untuk Belajar ~
|
|
Alhamdulillah last friday selamat tiba di rumah Serdang. Lama tak dapat nak update. minggu terakhir kat kampung hari tu laptop ni buat hal pulak. baru je reformat kelmarin. alhamdulillah dpt la update cerita terbaru kat fp ni.
Yang terkini
Semalam try hantar raisha ke rumah MIL. Tapi baru sejam kat sana my SIL dah call bgtau Raisha refuse minum EBM dr bottle. Mayb blum biase. Atau mayb silicon teat tu keras buatkan dia tanak menyusu. Then mintak hubby belikan teat dr. baby. ingatkan dia nak la. tp ptg tu she still refuse. last2 aku bawak balik je Raisha ke rumah.
Malam tadi ajak hubby pegi kedai Manjaku kat Bangi. Akan ku usahakan jua cari teat ape yg sesuai. Setelah menelaah dlm website susuibu.com, aku pun gi la cari puting leper. Yang aku dpt brand anakku - still silicon teat cube bentuk leper. cari brand lain tak jumpa plak. sib baik sblm bayar ternampak brand NUK. yg ni latex teat.
Pagi ini
Hantar Raisha dan Dania pukul 7.30 pagi. Saja nak ajar semula bangun awal utk preparation ummi gi keja next week. Dania liatnya nak kejut bangun pagi. Ye la dah lama tak bangun pukul 6 am. pagi td kejut payah betul dia nak bangun. slalu mandi dgn ayahnya, but pagi ni nak jugak tggu umminya. sib baik dah mandikan Raisha dulu.
Pukul 11.30 pagi, call my MIL utk tanya keadaan Raisha. Pagi tadi bekalkan 6 botol EBM + 4 jenis teats. Alhamdulillah MIL kata Raisha nak menyusu guna NUK teat. Syukur sangat, takla ummi pening nk fikir lagi. Anak ummi mmg baik. Terima kasih kerana memahami ummi sayang. NUK teat tu mahal seh, 2 teats harganya RM13.50. takpe la sayang, asalkan anak ummi mau menyusu. Tambah semangat ummi nak pump susu utk Raisha.
| Quote: |
zai~ ala zai tak sempat nak upload pic utk entry kali ni la
rinna~bukan takle amik gambar.. cuma tak sempat upload. lagipun laptop kene format aritu. so gambar2 dlm nieh kene burn dlm cd.. maleh plak nak godek.
wati~thanx also inviting us. sedap bread pudding tu.. nnti aku cedok resepi ye |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Nov-2008 10:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Preparation for Back To Work~
|
|
Hari ni genap 43 hari Raisha dilahirkan. Alhamdulillah sepanjang 43 hari ni Raisha tak banyak ragam. Tapi Dania pulak yang tunjuk byk skill baru.. Sampai pening ummi dengan embah nak layan kerenah dia. Terbaru pagi tadi anak ummi tu dah pandai panjat motosikal dan duduk dlm bakul tu. I wonder how is she doing that. Nasib baik embah nampak. Lepas tu siap dah pandai picit starter, idup la motor tu.. pandainyeee anak dara ummi nak ajak gi jalan ye. "Macam-macam laa".. (Dania dah pandai ajuk ayat ni )
Next week dah nak balik ke Serdang. Thanx to my mom and dad yg dah jaga dan layan kerenah kami sepanjang sebulan lebih ni. So in order to prepare myself back to my lovely home and soon back to work, i've made frozen breastmilk stock for raisha. banyak gak dpt.. pening plak fikir cemane nak bawak balik ke Serdang ni.. yg sedia ada cuma my medela carrier bag yang muat utk 4 bottles only. surf punya surf dlm web susuibu.com, ada sorg members offer therma bag alfio raldo dgn harga RM49.90. Actual price is RM150. wow! staff price. apelagi cepat2 order, then i've order techni ice from susuibu.com for extra cooling.
| Quote: | zai kulim ~ zai, mmg elok beli. x rugi pun..
kombat ~ mmg besar beg alfio raldo ni. rasenya kalau letak botol mineral kecil tu bleh muat 8-10 botol la.
amy ~ takpe2.. den paham dgn cikgu2 nie.. hehhee.. nnti ade free jmput la dtg umah ye. |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Oct-2008 09:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
*~ HAPPY BIRTHDAY NOR DANIA ALYA ~*
|
|
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To Dania Alya
Happy Birthday To You...
Selamat Hari Lahir ke 2 buat anak Ayah dan Ummi pada 6 Oktober lalu. Ummi tak dapat nak baked besday kek untuk Dania. Maklomle ummi dalam pantang. Takpela.. ayah balik dengan atok , wan aritu dah bawakkan kek birthday dan hadiah untuk Dania , kan.
| Quote: | zai ~ time kasih auntie zai. dania skrg dah makin lasak dan petah ckp.
mamahanees ~ tak sangka plak location kita lebih kurang sama, kan.
ciklinn ~ haa..cemane nak bgtau ko. bkn bleh sms. aku ade no. tepon umah ko je. now still kat kmpg. tgh bulan 11 ni nak balik serdang. dtg la ye umah aku. no tipon 019-3400791. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 29-Sep-2008 13:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~OUR NEWBORN PRINCESS~
|
|
Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan baby kedua - also girl pada 24 September 2008 (Rabu) jam 10.52 pagi di Hospital Serdang. Alhamdulillah kelahiran secara normal, tak tunggu lama pun. Hampir 4 jam lepas keluar tanda (pecah ketuban) baby pun lahir.
Name: NOR RAISHA ALYA BINTI MOHD RIZAL
Weight: 3.71 kg
Length: 50 cm
| Quote: |
zai ~ Selamat hari raya buat zai dan keluarga. Wah zai pon nampaknye tgh tggu kehadiran org baru ye. saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan zai sihat selalu.
Diana ~ thanks diana. Adam bila nak dapat adik
Mama Natra ~ aiseh net.. sowie le tak sms. no. hp net dlm hp satu lagi. then tatau net gune nomor mane 012 ke 019. Klu nak dtg visit tggu bulan 11 nnti ye akak balik Serdang. skrg tgh berpantang kat Sabak Bernam lagi.
Fida ~ Thanks fida. Anak kita asik sebaya je kan. heehehhee..
Mama ammar ~ Thankx iLa, ada rupe cam ummi dia tak
Effa~ tu la.. lama tak jumpa ko effa.. pasni turn ko plak tambah ye |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Sep-2008 09:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Our Happy Moments
|
|
Alhamdulillah.. Dania dah berusia 1 tahun 3 bulan mase ni. Tapi manjanya akhir² ni makin menjadi. Wonder why? Dalam minggu ni saya rasa macam something je.. Ada sesuatu cam tak kena la.. Tapi saya cuba menidakkan. Namun akhirnya tewas juga.. Rabu lepas sebenarnya ulangtahun ke-3 pertunangan saya dan hubby (23 Januari). Saya pergi juga farmasi utk beli UPT (pregnancy test). And the result is POSITIVE !! Mula-mula macam tak percaya.. tapi akhirnya saya terima juga. Sebenarnya saya mengharapkan saya dapat pregnant dlm bulan Julai / Ogos. Tapi rezeki Allah nak beri. Hubby mmg sblm saya confirm +ve lagi dah gurau² konon saya dah pregnant. Bila tahu saya +ve lagi la dia suka.
Dania, dania nak jadi sister tau tak lama lagi... tak boleh manja² sangat dengan ummi.. camtu la kata hubby. Dan kalau takda ape masalah... nampaknya kali ni due saya pada bulan September / Oktober juga la.. uisshhh.. raya dalam pantang lagi le jawabnya.. Baru ingat nak bergaya sket raya tahun nie..
Hope pregnant kali ni tak banyak perangai la.. Dah la everyday drive jauh. Balik tak tentu masa. Ya Allah tabahkan hati dan kuatkan diriku ini.
| Quote: |
zai ~ hai zai. thanx zai slalu visit fp akak.
juli ~ dah rezeki, arif bile lagi nak dpt adik.. jom le saing lagi tahun ni
ciklinn ~ thanx cinda. doakan aku selamat dan sihat smpai tiba saat melahirkan.
miezah ~ takpe kak, usaha lagi. ade rezeki nanti dpt la adik hero sorang tu ye
madiHa ~ thanks madiha. insya Allah tunggu hari je ni.
azie ~ terima kasih kerana sudi melawat fp saya.
Mamasya ~ thanks mamasya. tak sabar tggu kelahiran baby ni. abot semi sweet choc tu saya pon ikut ckp mama la guna coklat masakan je.. hasilnya tu diaaa.. mmg mavelles. TQ mama.
s2m3r@ila ~ selamat berpuasa Ila. nmpknye tahun ni raya tambah sorg lagi la.. Congrates to Ila too 4 ur pregnancy also.
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 12-Sep-2008 03:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ Krim Puff, Puding Roti Marble ~
|
|
Hai jumpa lagi. Alhamdulillah sehingga ke saat ini masih lagi dikurniakan kesihatan. Masih menanti kelahiran comin baby. Sambil tu dah mula bercuti. Jadi ada masa terluang buat la juadah sikit untuk hidangan berbuka puasa.
| Quote: | KRIM PUFF
Bahan
70 gm marjerin
140 gm tepung gandum
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
Cara
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan marjerin.
2. Apabila marjerin cair, masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi sehingga jadi seketul doh. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan esen vanilla dan telur. Pukul menggunakan mixer hingga kembang.
5. bila dah kembang dan sebati, masukkan dalam piping beg dan paipkan atas dulang pembakar yg telah digris.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah C selama 15 ~ 20 minit.
7. Setelah sejuk, paipkan inti kustad melalui bahagian bawah ke dalam.
8. Hiaskan dengan coklat stawbery yg telah dicairkan.
INTI CUSTAD OREN
Bahan
3 sudu besar jus oren sunquick
150 ml susu segar
3 sudu besar guka
1 sudu kecil parutan kulit limau
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung kastad
Cara
1. Campurkan tepung kastad dengan susu sehingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masukkan campuran tadi atas api yang kecil . Masak hingga pekat. Alihkan dari api dan bolehla dipaipkan ke dalam krim puff.
# Inti custad boleh ditukar kepada sebarang perisa mengikut kegemaran keluarga anda. |
| Quote: | PUDING ROTI MARBLE
Sumber: Kak Hanieliza
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula
Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam
Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko + 4 s/b air
Cara
1. Masukkan bahan A dalam periuk dan masakkan shingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Bancuhkan serbuk koko dan air dan masukkan dalam salah satu bahagian.
7. Masakkan semula bahagian yg dicampurkan dengan serbuk koko sehingga masak [berbunyi dan nampak blup..blup gitu]. Tutup api.
8. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan koko berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin. |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Sep-2008 10:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ Menu Buka Puasa Hari Ini ~
|
|
Syioknye hari ni hari Sabtu... Menu untuk berbuka puasa petang ni.. hehee.. mmg dah plan awal. Nak masak kuih talam suji, pajeri terung dan daging goreng.. Alhamdulillah semua jadi walaupun kuih talam ku agak lembik sket base suji tu. 1st time buat la katakan. mayb mase masak suji tu tak cukup pekat kot.
ape2 pun Layannn.....
| Quote: | DAGING GORENG
Daripada Fp mamaFami. TQ mama
Bahan
Daging dipotong nipis
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia - dihiris
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Garam secukup rasa
Bawang besar - potong bulat
Daun bawang
Minyak
Air
Cara
1. Perapkan hirisan daging bersama bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit garam selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan daging yang telah diperap tadi.
3. Tambahkan air, serbuk kunyit dan serbuk cili. Masak sehingga daging empuk.
4. Apabila daging sudah masak, masukkan potongan bawang besar.
5. Hiaskan dengan hirisan daun bawang sebelum dihidang. |
PAJERI TERUNG
Also from mamaFami's Fp.
Bahan
Terung
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Halia - ditumbuk
sorry x abes update lg entry ni
| Quote: | ciklinn ~ tu la ko tgk yg atas je.. saje aku tak tukau sbb lom bersalin lagi. ala aku buat kuih pon bkn byk, sikit je pastu htr umah mertua sket. kalo hari keje mmg beli je. hari cuti je ala² rajin msk tu. penat woo ulang alik shah alam - serdang. tp takpe. arini lastday kije.. esok MC 3 hari, mggu dpn dah siap apply cuti.. tu pon kalo x bersalin lagi la.
wilda ~ ala wil, sblm deliver ni tingin makan baik buat. tak ngences la anak aku nnti |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Sep-2008 00:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ Home Made Ice Cream ~
|
|
entry kali ni pasal ais krim plak. agak lama gak fridge kat umah tu kosong takde stok ais krim. so masa surfing² my fav fp, terjumpa lak resepi nak buat home made ice cream. yummie.. so sebelum bersalin ni, better try buat dulu mane² yg teringin makan tu kan
so, inilah hasilnya. percubaan pertama membuat aiskrim jagung. i've got from mamaFami fp . TQ again mama.
| Quote: |
CORN ICE CREAM
Ingredients :
2 1/2 cups coffeemate
2 cups fresh milk
1/2 cup sugar
1/2 tin creamy corn
a bit of yellow coloring ~ optional
Method :
1. Mix well coffeemate, fresh milk, sugar and stir till sugar dissolves.
2. Add in the creamy corn and mix well.
3. Pour into a plastic container and let it half set in the freezer.
4. Remove from the freezer and beat using a mixer (with the balloon whisk) until double the volume.
5. Pour into a plastic container and let it set fully.
Note :
1. Since I don't have creamy corn at that moment, I just blend some corn kernal with a bit of whipping cream. But I think, if you use the creamy corn, it'll taste much better.
2. I didn't put any coloring. |
| Quote: | Ais Krim Perisa Jagung
Bahan-bahan
2 1/2 cawan coffeemate
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1/2 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara:
1. Campurkan coffeemate, susu segar dan gula sehingga gula hancur.
2. Masukkan jagung krim. Masuk dalam bekas plastik dan sejukkan hingga separa beku (dalam 3-4 jam).
3. Keluarkan aiskrim. Pukul menggunakan mixer.
4. Masukkan semula dalam bekas, dan simpan dalam peti sejuk untuk dibekukan sebelum dihidangkan.
mudah je kan. |
| Quote: | Zai Kulim ~ hai zai. dpt wat 1st entry kat fp ni ek.. saja je pose² ni nak meliurkan kengkawan.. |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Sep-2008 03:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ MC, Mee Sup & Nagasari Jagung ~
|
|
Hari ni ade check up 37 weeks of my pregnancy. So mmg dah decide mtk MC je kat doc. tak larat la dah tengahari nak drive ke Shah Alam tu, pastu balik redah jem lagi Balik check up terus operasi rumah. Yesss.. akhirnya siap gak kemas dapur tu.
Lepas mengemas dalam tengahari camtu, stat operasi memasak kuih nagasari jagung. i got the recipe from bro Rozzan blogspot. dah lama tingin buat baru kali ni menjadi nampaknya. Memandangkan bahan mmg dah sedia ada, tepung honkwee tu pun dah berzaman dok dalam almari. maka operasi dimulakan.. alahai sonang sangat nak buat. kuih tu kite bungkus dlm plastik kecik². daripada adunan yg kite buat, dpt la 12 bungkus . ok kat bawah ni kite tepek resepi asal oleh bro Rozzan. tapi adunan yg saya buat saya dah modified memandangkan tepung honkwee yg saya ada cume 85gm je. Lepas buat nagasari trus prepare utk buat mee sup sbg hidangan utama berbuka puasa. ye la dah dpt cuti ni masak la menu best sket kan utk family. kalau hari bekerja mmg tak sempatnye nak masak cemni.
| Quote: | NAGASARI JAGUNG
Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)
450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan
(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)
200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee (120gm)
(dicampur dan kacau rata)
Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.
2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.
3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.
4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk .
5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk. Selamat mencuba!!! |
| Quote: |
Mee Sup
Bahan-bahan
Sup
200 gm Daging
air secukupnya (untuk merebus daging dan buat kuah sup)
1 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sup bunjut
garam secukup rasa
Cara
1. Rebuskan daging dengan air hingga empuk.
2. Apabila sudah empuk, keluarkan daging, masukkan hirisan bawang, halia, sup bunjut.
3. Rasakan garam dan tutup api. Siapla sup.
4. Daging tadi dihiris nipis untuk bahan campuran semasa menghidang.
Bahan lain
1 bungkus mee kuning (dicelur)
sawi (dicelur)
tauge (dicelur
2 keping tauhu (digoreng dan potong kecil²)
daun sup / daun bawang
cili merah
limau kasturi
Sambal Kicap
5 biji cili padi
kicap
1 biji limau kasturi
sedikit gula
Cara
Lecekkan cili, masuk gula, kicap, dan perahan air limau. |
|
|
|
|